Tuesday, March 20, 2012

Astrid - Tentang Rasa



This song is killing me and drive me crazy.. So sweet.. And i wonder  "dapatkah selamanya kita bersama
menyatukan perasaan kau dan aku " ???

Thursday, February 16, 2012

Doa melupakan seseorang

Entry kali ni aku nak cerita perihal seorang kawan baek aku yang selalu mengadu dekat aku sakit kepala yang dya alami sejak kebelakangn ni. dya cakap sakit kepala tuh sukar nak digambarkan macamana peritnya. Aku ada suroh dya pergi buat medical check up. Tak tahu lha dya pergi ke tak. Tapi tadi aku dapat satu cerita yang aku susah nak percaya. Kawan aku yang sering mengadu ni menceritakan yang saket kepala dya semua tu berpunca daripada perbuatan orang. Aku mula terfikir tentang boyfriend lama dya yang terpaksa ditinggalkan kerana kawan aku ni sudah bertemu dengan jodoh nya. Tapi aku tak mahu menuduh atau menfitnah sesiapa disebabkan itu aku dah bagi kat kawan baek aku satu ayat suci al-Quran.
" YAM HULLAHU MAA YASYAK "
**amalkan selalu jika anda terpikirkan si dia terus letak tapak tgn di dada atau di dahi dan baca ayat neyh sebanyak mungkin kemudian genggam tgn tersebut lakukan seolah2 anda membuang sesuatu~ insyaALLAH menjadi ~

Friday, May 20, 2011

c i n t a

betol bercinta itu bukan lha sesuatu perkara yang mudah. mesti korang pernah dengar ayat ni "cinta itu boleh diumpamakan bagai makan sambal belacan. walau pedas hingga mengalir airmata masih mahu dimakan juga". aku sangat setuju dengan ayat ni. even sakit macam mana pun cinta tu, kita still mahu kan nya wujud dalam hati dan diri kita. tapi kalau cinta tiada sefahaman dan kepercayaan, memang tak berguna lha cinta itu. kerana semua itu memerlukan pengorbanan yang besar. kadang kadang kita perluk biarkan orang itu pergi jika dia bahagia dengan orang lain. kadang kadang cinta itu sangat menyeksakan. bila kita bercinta, akan wujud lha perasaan cemburu. cemburu itu datang dari perasaan kasih sayang kita yang sangat dalam. walau bagaimanapun, jangan kita terlalu layankan perasaan cemburu itu kerana cemburu itu akan membuatkan hubungan kita terumbang ambing suatu hari nanti. apa apa pun, bersyukur lha dengan apa yang ada dan reda lha dengan apa yang terjadi. sesungguhnya semua yang terjadi ada hikmah yang tersembunyi disebaliknya.

Wednesday, April 13, 2011

hey girls. read this !!!

when a BOY is quiet,
he has nothing to say.

when a BOY is not arguing,
he not in the mood of arguing.

when a BOY looks at you with eyes full of questions,
he is really confused.

when a BOY answers "am fine " after a few seconds,
he is actually fine.

when a BOY stares at you,
he is either amazed or angry.

when a BOY lays in your lap,
he is wishing for you to be his forever.

when a BOY calls you everyday,
he is spending a lot of talktime to get your attention.

when a BOY sms's you everyday,
he is fowarding them.

when a BOY says i love you,
its not the first time.

when a BOY says that he cant live without you,
he has made up his mind that you're his for at least a week.

p/s : HAHAHAHA ! what a jerk. but however it is, trust in each other is the most important thing. and i do love my boyfriend. ♥_____

Friday, April 8, 2011

Sifir untuk terus cemerlang.

Dua perkara untuk kita laksanakan dalam aktiviti-aktivi seharian kita. Kalau boleh, sesibuk mana sekali pun, dua perkara ini janganlah tinggal.

Pertama, banyakkan istighfar. Sabda Rasulullah SAW :

“Siapa yang melazimkan amalan istighfar 70 kali sehari, dia tidak akan ditulis sebagai orang yang lupa (nyanyuk).”

Bahkan dengan istighfar itu juga mampu memberi sinar-sinar kebahagiaan dan ketenangan kepada jiwa dan rohani kita, selain menghapuskan sedikit-sedikit dosa-dosa kecil yang bertapak di dasar hati.

Kedua, hargailah masa. Abdullah bin Umar berkata:

“Apabila kamu berada pada waktu petang, janganlah kamu menanti pagi dan apabila kamu berada di pagi hari janganlah kamu menanti petang.” (Hadis Bukhari)

Masa ini ibaratnya sebuah nyawa yang akan kita bawa ke mana-mana. Justeru, hargailah ianya semampu yang mungkin. Sekali ia pergi, ia tidak akan lagi kembali, walaupun sekali, walaupun hanya untuk menjengah.

Selamat bekerja, selamat berehat-rehat. Selamat maju jaya.

Salam bahagia daripada saya!

study boring ? not at all. ^___^


Salam ceria, salam bahagia adik-adik semua. Gembiralah, senyumlah, ketawalah, dik. Walau apa pun yang sedang melanda diri anda ketika ini, usahakanlah agar anda sentiasa bersemangat dan bertenaga menghadapi halangan dan cabaran hidup. Hidup ni kalau tak ada semangat, kurang motivasi, maka segala benda pun susah nak jadi. Betul?

Kali ini saya ingin kongsikan salah satu kaedah terbaik untuk adik-adik dapatkan kembali semangat yang telah hilang untuk anda kembali bermotivasi di dalam study.

Petua yang saya ingin beritahu kali ini ialah cuba bina sebuah bilik gerakan study di bilik anda. Bilik gerakan study yang saya maksudkan ini ialah cuba create suasana yang sangat hebat untuk merangsang diri anda agar lebih bermotivasi untuk mengulangkaji pelajaran.

Tampalkan kata-kata semangat di bilik anda. Pelbagaikan warna-warna yang boleh menimbulkan nafas baru kepada hidup anda. Warna-warna yang cerah selalunya mampu memberikan lebih ketenangan dalam hidup, maka hidupkan bilik anda dengan warna-warna kegemaran anda.

Kalau dengan warna biru boleh membuatkan anda lebih ceria, lebih bersemangat, maka warnakan dinding bilik anda dengan warna tersebut. Andai dengan warna pink mampu membuatkan anda lebih bernafsu kepada pelajaran yang dipelajari, tidak salah juga untuk anda memperbanyakkan warna tersebut di bilik anda. Lakukanlah!

Saya percaya anda dan adik-adik yang sedang membaca tulisan-tulisan saya ketika ini pastinya sedang mencari-cari formula terbaik untuk anda menjadi manusia yang lebih berjaya di dalam pelajaran dan masa hadapan, tidak kiralah bagi yang sedang berada di alam persekolahan mahupun di IPTA. Jadi, teruskan bersama saya, saya akan sambung dengan lebih banyak lagi petua-petua hebat untuk menjadi pelajar yang cemerlang. Selamat maju jaya!


confusing ?

i dont know why but lately am kinda weird. always think about my future. maybe dah tak sabar nak kahwen kot ? AHAHAHA ! mama jangan mareh eyh. ^___^ bergurau senda saja. tapi kan rasa rasa perlu dah kot fikir pasal semua tu. lagi setahun dah nak habis study. umur makin lama makin meningkat. bukan makin menurun. but even umur meningkat, am still vougue tau ! awek muda gitu. AHAHA ! then nak kena jalani hidup macam orang dewasa. sound interesting but its seems so hard for me. blueerrrkkk. what ever it is, i have to and must go through all that. always prayed to Allah for my better future. nak sara mama and abah. mereka pun dah tua. so nak harapkan sapa lagi kan ? as a daughter, i have to pay their kindness towards me. mereka jaga aku dari aku masih merah sampai dah besar gajah. so kena usaha lha. usaha tangga kejayaan. go ika ! you can do it. yes ! i can do it. better than anyone else. ^___^ bak kata pepatah. rezeki tak akan datang bergolek.